Khalid Al Walid Bin Al-Mughirah Bin Umar Bin Makhzum Bin Yaqzah Bin Marrah Al-Mahzumi adalah panglima tentera islam terunlung yang mmberikan byk sumbangan kepada penyebaran syiar islam. Moyangnya bernama Marrah dan bertemu nasabnya (Keturunannya) dengan Nabi Muhammad SAW dan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Dalam erti kata lain, Nabi Muhammad SAW, Khalifah Abu Bakar as-Siddiq dan Khalid Al-Walid berasal dari keluarga yang sama.
Khalid dilahirkan dalam keluarga yang dihOrmati kerana bapanya,Walid Bin Al-Mughirah adalah pemimpin Quraisy yang dihOrmati Oleh kaumnya. Walid terkenal dgn kekayaan dan sifat pemurahnya sehingga di gelar Adil Walid atau Orang pemurah nOmbOr satu.
Ibu Khalid bernama Lubabah Al-Sughra. Lubabah adalah anak perempuan Haris, pemimpin Quraisy yang di hOrmati. Dia juga merupakan adik kepada Maimunah, isteri Nabi Muhammad SAW.
Sejak keci lagi, Khalid dilatih menjadi pahlawan. Dia cekap menunggang kuda dan mahir menggunakan senjata. Dia disegani dan dihOrmati kerana kemahirannya itu. Ketika usianya masih muda, Khalid sudah diberi tanggungjawab sebagai ketua yang memimpin pasukan tentera berkuda Quraisy.
Khalid Al-Walid menunjukkan kecekapannya memimpin pasukan berkuda tentera Quraisy dalam perang Uhud yang berlaku pada hari sabtu bersamaan dgn 3 hijrah. Dengan kepintarannya, pasukan tentera berkuda Quraisy berjaya mengalahkan tentera islam dalam perang Uhud. Khalid terus memusuhi islam sehingga tahun 6 hijrah.
Pada suatu hari, ayah Khalid, iaitu Walid masuk ke Masjidil Haram. Ketika itu, Nabi Muhammad SAW sedang membaca Al-Quran. Walid menghampiri baginda lalu mndengar apa yang dibacanya. Nabi Muhammad SAW menyedari kedatangan Walid, lalu banginda sengaja menguatkan bacaanya supaya didengar Oleh Walid.
Kemudian Walid keluar dari Masjidil Haram lalu berkata kepada Orang ramai, "Demi tuhan, sesungguhnya saya sudah mendengar apa yang dibaca oleh Muhammad. Ia bukan perkataan manusia ataupun jin. Demi tuhan, bahasanya sangat indah dan tiada yang dapat mengatasinya."
Peristiwa itu amat berkesan dihati Khalid. Pada suatu hari, Khalid berkata kepada kaumnya "Sudah jelas dan terang lagi mereka mempunyai akal yang sempurna, bahawa Muhammad itu bukan ahli sihir atau tukang sihir. Apa yang dibacanya itu memang wahyu daripada Allah dan menjadi kewajipan bagi mereka yang berakal sihat mengikutinya."
Selepas memeluk islam, Khalid dilantik menjadi panglima perang dan mendapat gelaran Saifullah atau pahlawan pedang Allah.
Mrnurut Abu Hurairah, Pada suatu hari, saya dan Rasulullah SAW berhenti pada suatu tempat dan orang ramai berjalan dihadapan kami. Rasulullah SAW bertanya nama-nama mereka yang melalui tempat itu. Kemudian muncul seOrang lelaki. Lalu Rasulullah SAW bertanya "Siapakah itu?" saya menjawab "Itulah Khalid Al-Walid." Baginda berkata "Hamba Allah itu adalah pedang daripada pedang-pedang Allah."
Ketika berlakunya perang Muktah, Nabi Muhammad SAW sedang berkhutbah. Baginda berkata, "Akhirnya panji-panji itu diambil Oleh Khalid Al-Walid yang digelar Pedang Allah. Peperangan itu dimenangi oleh Khalid Al-Walid"
Pada tahun 21 hijrah, Panglima Khalid Al-Walid meninggal dunia ketika berumur 58 tahun. Khalifah Abu Bakar pernah berkata "Tidak ada lagi wanita yang dapat melahirkan anak seperti Khalid Al-Walid."
Khalifah Umar Al-Khattab pula berkata, "Saya tidak pernah marah kepada Khalid, kecuali dia seOrang yang amat keras terhadap musuh dan terlalu menyayangi pasukannya sehingga tidak menunggu persetujuan Khalifah terlebih dahulu sebelum membahagikan harta pampasan perang."
Khalid Bin Walid sudah menyertai 50 peperangan dan memperOlehi kemenagan dalam semua peperangan itu. Dia terus menjadi panglima perang sehingga Khalifah Abu Bakar As-Siddiq meninggal dunia. Apabila Umar Bin Khattab menjadi Khalifah, jawatan Khalid Al-Walid dilucutkan dan tempatnya diganti oleh Abu Ubaidah Bin Jarrah.Menurut Khalifah Umar Al-Khattab lagi, "Khalid sudah menjadi raja dengan sendirinya. Tuhan merahmati Abu Bakar kerana dia lebih tahu mengenai lelaki itu daripada saya."
Wednesday, November 24, 2010
Khalid Al Walid. .
Posted by Nur Mawaddah MZ~ at 7:24 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment