CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 9, 2010

Syarat-syarat BercOuple !

”Bang, saya rase nak bercouple lah. Boleh tak?”

“…”

”Camne bang? Boleh ke tak?”

”Emmm... Antara couple dengan solat mane lebih penting”

”Of course lah solat”

”Dan dalam solat ade yang dinamakan syarat-syarat sah solat kan? Kamu ingat tak ape die syarat-syaratnyer?”

”Em... Em... Eh! Nampaknya abang cuba untuk menukar topik perbicaraan kita. Tak parlimenlah begini bang...”

”Ok, ok... Dalam solat ade syarat-syarat sahnya kan? Maka couple pulak jadi sah jika penuhi syarat-syaratnye. Abang namakannya sebagai syarat-syarat sah couple”

”Hah? Ngarut je abang nih. Ok kalo ade, ape la syarat-syaratnyer?”

“Ok.... Yang pertama adalah niat. Yelah, setiap benda yang kita buat bukankah adalah ibadah jika kita niatkan kerana Allah dan kene cara yang betul serta tidak dilarang Allah. Jadi niat kenelah dengan mencapai tujuan akhir iaitu untuk berkahwin dengannya kerana Allah. Tak boleh kalo setakat saje-saje je. Atau pun sebab nak bermaksiat sikit-sikit ke, mahupun sebab nak merosakkan pasangan couple tu... Dalilnya abang rase kamu pun dah tau kan?”

”Ok... Dapat diterima. Yang kedua pula bang?”

Yang kedua adalah menjaga pandangan. Tak leh la nak lihat benda-benda yang terlarang. Tengok aurat pasangan ke atau tengok bahagian-bahagian tertentu pasangan sehingga menimbulkan syahwat. Kalo tengok tahi lalat si dia sampai timbul perasaan geram-geram, dan malam pulak sampai pasang angan-angan pun tak boleh. Senang citer memang kene jagelah mata ni elok-elok...”

”Uish... Mestilah bang... Couple Islamik, mestilah bile jumpe tu tunduk je. Lepas tuh tak leh lame-lame. Senang je... Yang ketiga pulak ape la?”

”Yang ketiga adalah menutup aurat. Ye lah, bukan mahram, memang wajiblah tutup aurat. Lainlah kalo dah jadi isteri...”

”Memanglah bang kena tutup aurat. Kalo couple saye nanti tak pakai sokin memang saye akan pakselah die pakai kalo nak jumpe saye”

“Bagus, bagus. Bukan tu je, nanti kalo die pakai tudung jenis yang nampak leher tuh pakse die tutup sakali tau. Labuhkan sampai ke dada”

“Alright. Seterusnya bang…”

”Yang keempat pula adalah jangan berdua-duaan bersendirian. Dengan sepupu pun kita tak boleh berdua-duaan sebab sepupu tu pun kita boleh kahwin, apatah lagi dengan couple... Kalo nak jumpe mestilah ade teman lain. Bahkan ade hadith nabi yang melarang berdua-duaan dengan perempuan kecuali dengan ada mahramnya sekali. Tak leh nak berdua-duaan di dalam kereta, atas motor, kelas dan kat mane-menelah”

”Fuh... Yang ni susah sikit... Camne lah nak bagi ayat-ayat manis dan menusuk kalo ade orang len. Malulah...”

”Kalo nak couple kene lah ikut syaratnyer… Tadi confident sangat… Baru syarat sah yang keempat dah nak mengeluh”

”Mane ade bang. Takpe, takpe... Rakam video lapas tuh suruh die tengok kat umah... Tapi, masih tak syok lah camtu. Tak siaran langsung... Takpe lah, nak couple punya pasal. Yang seterusnya ape lak bang?”

“Boleh je.. Tapi jangan lupe syarat-syarat yang sebelum ni…”

”Em.. Yelah... Lagi bang?”

”Yang kelima adalah janganlah yang perempuan tu melunakkan suara dan hendaklah berkata yang baik-baik sahaja. Tak leh la buat-buat suara manja dan menggoda sampai yang lelaki tu tak leh pulak nak tido malam. Tapi tidaklah bermaksud bile bercakap dengan bukan mahram tu kene keras-keras. Yang lelaki bile bercakap, nak menangis perempuan tuh dibuatnya. Yang perempuan pulak, dah macam komanden kawat pulak gayanya.. Biase-biase sudah. Lepas tu kene la cakap benda-benda yang baik-baik. Tak leh mengumpat, menyumpah, berkata lucah dan lain-lain yang buruklah”.

”Ala... Tak syok la.. Biaselah bang nak manje-manje dengan couple”

Masalahnye die tu kamu punya couple, anak orang, belum lagi jadi isteri. Dah jadi isteri lainlah... Kang manje-manje sampai terlanjur, kan dah susah. Bayangkan kalo adik atau ahli keluarga kamu terlanjur dengan lelaki lain sebelum kahwin, ape perasaan kamu?”

”Ok.. Ok... Serius pulak abang nih... Saye saje je nak gurau-gurau... Seterusnya bang?”

“Fuh, emo pulak... K lah, yang keenam adalah adanya hijab atau pun tabir atau pembatas antara pasangan. Ade yang menafsirkan hijab atau tabir ini sebagai tabir yang betul-betul. Kalo nak bercakap kene bercakap dari balik tabir. Tapi dalam keadaan sekarang ni, mamang susah kalo nak buat macam ni. Kalo nak keluar je kene bawak tabir sebab kat mane-mane pun pasti kita akan berjumpa dengan perempuan. Lagi pun sekarang semua orang dah ade handphone dan internet pulak boleh didapati kat kebanyakan tempat. Nak bercouple pun tak payah nak jumpe... Leh gune SMS, chatting atau e-mail je... Jadi ade yang menafsirkan hijab atau tabir di sini sebagai hijab atau tabir bagi hati... Jadi bile nak berjumpe, tidak lah perlu bawak tabir tetapi menabir hati agar tidak dibiarkan nafsu menjengah. Kalo rase semacam je hati tu, cepat-cepatlah tamatkan perjumpaan. Camtu jugak bile berSMS, chatting, berbalas e-mail atau bercakap melalui handphone... Hijab itu perlu diletakkan di hati untuk memelihara hati”.

Ish... Ni yang susah... Dah la hati saye ni kotor... Kadang-kadang rase seronok pulak bile buat maksiat. Tak de pulak rase lain macam tu macam yang abang sebut. Ade lagi ke syarat nye bang”.

“Ade lagi… Yang ketujuh, suci dari bersentuh-sentuhan”

”Adus... Maka tak leh la nak alirkan getaran cinta saya kat couple saye tuh.... Payah, payah...”

"Kelapan pulak, tidak menimbulkan fitnah. Kalo kamu bercouple sampai timbul fitnah terhadap agama, keluarga dan diri kamu maka tak sah lah kamu bercouple"

"Ishk... Ni yang paling susah nih. Mulut orang ni susah sikit nak tutup"

"Tau pun. Jadi kalo nak couple kamu kene pikir lah sendiri camne caranyer supaya tak timbul fitnah"

"..."

"Yang kesembilan pulak menyeru kepada ma'ruf dan mencegah yang munkar. Abang pernah dengar tentang couple Islamik nih, tanye dah solat belom, kejutkan qiam, tanye makan tadi ade bace Bismillah tak dan macam-macam lah. Nampak memang macam baik. Tapi yang jadi masalahnye bile member buat perkara sama, die tak mau buat. Die buat tadi sebab couple die... Ni yang leceh... Dah macam berpura-pura pulak. Pura-pura ni pulak sifat orang-orang munafik. Na'uzubillah... Mintak jauh"

"..."

”Dan yang terkahir adalah jangan berzina dan dekati zina... Satu hadith dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. Hadis yang diriwayat oleh Bukhari, Muslim & Abu Daud”

”..."

"Awat senyap je"

"Hmm... Lepas dengar syarat-syarat sah ni, rase macam mustahil lak nak couple”

”Nape lak?”

”Sebab bile bercouple, syarat-syarat tuh susah nak dipenuhi. Dalam kamus ber'couple', hal-hal yang terlarang dalam syarat tuh adalah lumrah untuk dilakukan, manakala yang disuruh tu mustahil pulak nak dibuat”

”Tau pun. Tinggal atau langgar je satu syarat maka tak sah lah couple kamu. Apabila tak sah, maka bercouple kamu itu terus menjadi haram”
Perkahwinan Yang Halal

”Hmm.. Kalo camtu biarlah saya bersendiri dahulu. Mencari cinta Allah dahulu. Bercouple dengan Dia. Senang dan tak leceh..."

"Hmmm.."

Tuesday, December 7, 2010

Hukum Muslimah Papar Wajah

“ Perempuan yg memotong badannya sendiri dgn gunting api neraka, kerana ia memperkenalkan dirinya kpd org lain.”

Yang dimaskudkan Oleh hadith tersebut ialah wanita yang mendedahkan aurat untuk tOntOnan umum atau wanita yang bersOlek dan berhias untuk ditunjukkan kepada lelaki yang bukan mahramnya. Oleh itu, janganlah seorang wanita meletakkan gambarnya yang mendedahkan aurat atau berhias cantik didalam internet samada dalam frienster atau lainnya sekalipun dengan niat mencari sahabat atau merapatkan ukhuwwah.

Menyertai frienster tidak semestinya perlu menOnjOkan kecantikan wajah atau tubuh badan. Menulis dengan tulisan²  yang baik juga boleh merapatkan ukhuwwah dan mengembangkan tali persahabatan diantara sesama manusia.

Wajah wanita adalah sebesar² fitnah yang mengundang berbagai maksiat dan dosa.lagipun wanita adalah fitnah trbesar bagi lelaki.

Allah SWT: “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita.” (QS. Ali Imran : 14). .

 Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberikan peringatan dari fitnahnya sebagaimana yang diriwayatkan dalam Shahih Muslim dari shahabat Abu Said Al Khudri radliyallahu ‘anhu, beliau bersabda : “Hati-hatilah terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita karena sesungguhnya fitnah yang pertama kali menimpa Bani Israil adalah wanita.”


Para wanita menyerupai syaitan kerana ia sebagai penyebab timbulnya fitnah bagi laki-laki seperti pernyataan Rasulullah SAW. Oleh karena itu, hendaklah para wanita bertakwa kepada Allah dengan menjaga dirinya dan menjaga kaum lelaki dari fitnah yang ditimbulkan karenanya. .

sabda RASULULLAH S.A.W.: "Tidaklah aku tinggalkan sepeninggalku fitnah (cobaan) yang lebih berbahaya bagi kaum laki-laki daripada (fitnah) wanita." (Muttafaq ‘alaihi)

Jarir bin ‘Athiyyah al-Khathafi bersenandung: 'Sesungguhnya indahnya mata-mata hitam wanita jelita Telah membunuh kita dan tiada lagi menghidupkannya. Mereka pun taklukkan si cerdas hingga tiada berdaya, Sedang mereka manusia paling lemah dari ciptaan-Nya"

Berdasarkan dalil2 ini dan ilmu2 yang dipelajari, jika ditanya pada  bolehkah muslimah memaparkan gambarnya pada lelaki bukan mahram umpamanya di Friendster, facebook atau sebagainya ?

maka jawabnya walau menutup aurat sekalipun tidak boleh dan inilah sebaik2 jawapan. Pakai tudung atau pakai niqob juga tidak perlulah dipaparkan untuk tontonan umum. Jika benar niat kita pakai untuk Allah maka kenapa ingin pula dipaparkan pada lelaki bukan mahram? Cukuplah diletakkan gambar² masjid atau gambar² lain, tidak perlu paparkan kejelitaan yang kita ada ini pada bukan mahram.

Ada yang memberi alasan bahawa dipaparkan gambar dengan niat untuk kawan2 lama kenal. Maka jawabnya tidak semestinya dengan memaparkan gambar maka kawan²  lama akan kenal, mungkin ada banyak lagi prkara lain yg boleh dibuat supaya orang kenal umpamanya melalui tulisan dan sebagainya, ini semu alasan semata2 untuk membenarkan apa yang kita buat. .

Subhanallah !

Saturday, November 27, 2010

Bilal Bin Rabah~Pengumandang seruan langit.

 Bilal Bin Rabah lahir di daerah as-Sarah yang terletak dipinggir kOta Mekah, 43 tahun sebelum hijrah. Ayahnya bernama Rabah, ibunya bernana Hamamah, seOrang wanita berkilit hitam. kerana itu ada yang memanggil Bilal dengan gelaran Ibnus-Sauda' atau putera wanita hitam.

Bilal dibesarkan di kOta Mekah sebagai seOrang hamba milik keluarga Bani Abdul Dar. Selepas ayahnya meninggal dunia, Bilal diserahkan kepada Umaiyah Bin Khalaf seOrang tOkOh penting Bani Quraisy.

Bilal termasuk dalam kalangan mereka yang awal memeluk islam. Apabila Umaiyah mendapat tahu, dia menyeksa Bilal tanpa belas kasihan supaya kembali ke agama asal serta menjadi pengajaran kepada yang lain. Namun Bilal enggan tunduk dengan kehendak Umaiyah.

Bilal Bin Rabah diseksa Oleh Umaiyah tanpa henti. Mula-mula dia dipukul, kemudian diarak keliling kOta Mekah. Kerana Bilal masih berdegil, dia dijemur di atas pasir tanpa diberi makan dan minuman. ketika matahari tegak diatas kepala dan padang pasir panas membara, Bilal dipakaikan baju besi lalu dibiarkan berjemur dibawah terik cahaya matahari. Tidak cukup dengan itu, Bilal disebat dengan cemeti dan dadanya ditindih dengan batu. Namun, iman Bilal tetap teguh menghadapi penyeksaan itu. Umaiyah memaksa Bilal menyebut al-Latta tetapi mulut Bilal hanya menyebut, "Ahad, Ahad, Ahad."


Seksaan terhadap Bilal itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-SiddiQ, lalu membelinya daripada Umaiyah dengan harga sembilan Uqiyah emas. Menurut Umaiyah, jika Abu Bakar membelinya dengan satu Uqiyah emas pun dia akan menjual hambanya itu. Menurut Abu Bakar pula, jika Umaiyah menjualnya dengan harga seratus Uqiyah emas pun dia sanggup membelinya.

Apabila Nabi Muhammad SAW diberitahu mengenai perkara itu, Nabi Muhammad SAW memuji tindakan Abu Bakar as-SiddiQ dengan berkata, "Sekiranya begitu, biarkan aku berkOngsi denganmu bagi membayarnya, wahai Abu Bakar."


"Wahai Rasulullah, saya sudah pun membayarnya kepada Umaiyah dan sudah memerdekakan Bilal." Kata Abu Bakar as-SiddiQ pula.

Bilal Bin Rabah pernah hidup dalam 3 zaman, iaitu zaman jahiliah sebelum kedatangan islam, zaman Nabi Muhammad SAW pembawa risalah Allah SWT dan Khalifah ar-Rasyidin iaitu pada zaman pemerintahan Abu Bakar as-SiddiQ dan Umar Bin al-Khattab.

Pada zaman jahiliah, Bilal menjadi hamba kepada Umaiyah. Pada zaman Rasulullah SAW pula beliau dilantik sebagai tukang azan. Beliau juga turut serta dalam peperangan yang disertai Rasulullah SAW.

Sesudah Nabi Muhammad SAW wafat, Bilal merasakan sesuatu kehilangan dalam kehidupannya. Kerana merasa sabgat sedih, beliau tidak mampu menyebut nama Muhammad dalam sebutan azan yang dilaungkan. Akhirnya, Bilal tidak sanggup lagi jadi tukang azan.

Pada zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar as-SiddiQ, Bilal meminta izin pergi berperang menentang mereka yang ingkar membayar zakat dan mengaku menjadi nabi. Tetapi tidak dibenarkan Oleh Saidina Abu Bakar as-SiddiQ kerana beliau memerlukan khidmat Bilal di Madinah.

Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Bin al-Khattab, Bilal sekali lagi meminta izin pergi berperang menentang tentera Rom. Kerana desakan yang begitu kuat daripada Bilal, akhirnya dia diizinkan pergi. Bilal membawa isterinya bersama-sama pergi berjihad pada jalan Allah SWT. kedua-duanya turut bersama tentera islam menakhluk Baitulmuqaddis.

Semasa Bilal Bin Rabah mengerjakan ibadat haji, penduduk Mekah meminta beliau menetap di kOta Mekah dan menjadi tukang azan di Masjidil Haram. tetap Bilal menOlak.

Apabila pulang ke Madinah, Ali Bin Abu Thalib memujuk Bilal supaya tinggal di Madinah dan meneruskan semula khidmatnya sebagai tukang azan di Masjid Nabi. Tetapi sekali lagi Bilal menOlak. Kemudian Khalifah Umar Bin al-Khattab sendiri yang memujuk Bilal, Namun tetap tidak berjaya. Kerana tidak sanggup berada di Madinah, Bilal membawa isteinya berpindah ke Syam.

Penduduk Syam juga meminta Bilal menjadi tukang azan. Tetapi Bilal enggan hinnga mereka marah kepada Bilal. Akhirnya, Bilal membawa isterinya ke Damsyik.

Bilal Bin Rabah meninggal dunia di Damsyik pada tahun 20 hijrah iaitu pada 641 Masihi dan dikebumikan di Damsyik. ketika itu, beliau berumur 63 tahun.

Wednesday, November 24, 2010

Khalid Al Walid. .

Khalid Al Walid Bin Al-Mughirah Bin Umar Bin Makhzum Bin Yaqzah Bin Marrah Al-Mahzumi adalah panglima tentera islam terunlung yang mmberikan byk sumbangan kepada penyebaran syiar islam. Moyangnya bernama Marrah dan bertemu nasabnya (Keturunannya) dengan Nabi Muhammad SAW dan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Dalam erti kata lain, Nabi Muhammad SAW, Khalifah Abu Bakar as-Siddiq dan Khalid Al-Walid berasal dari keluarga yang sama.


Khalid dilahirkan dalam keluarga yang dihOrmati kerana bapanya,Walid Bin Al-Mughirah adalah pemimpin Quraisy yang dihOrmati Oleh kaumnya. Walid terkenal dgn kekayaan dan sifat pemurahnya sehingga di gelar Adil Walid atau Orang pemurah nOmbOr satu. 


Ibu Khalid bernama Lubabah Al-Sughra. Lubabah adalah anak perempuan Haris, pemimpin Quraisy yang di hOrmati. Dia juga merupakan adik kepada Maimunah, isteri Nabi Muhammad SAW.


Sejak keci lagi, Khalid dilatih menjadi pahlawan. Dia cekap menunggang kuda dan mahir menggunakan senjata. Dia disegani dan dihOrmati kerana kemahirannya itu. Ketika usianya masih muda, Khalid sudah diberi tanggungjawab sebagai ketua yang memimpin pasukan tentera berkuda Quraisy.


Khalid Al-Walid menunjukkan kecekapannya memimpin pasukan berkuda tentera Quraisy dalam perang Uhud yang berlaku pada hari sabtu bersamaan dgn 3 hijrah. Dengan kepintarannya, pasukan tentera berkuda Quraisy berjaya mengalahkan tentera islam dalam perang Uhud. Khalid terus memusuhi islam sehingga tahun 6 hijrah.


Pada suatu hari, ayah Khalid, iaitu Walid masuk ke Masjidil Haram. Ketika itu, Nabi Muhammad SAW sedang membaca Al-Quran. Walid menghampiri baginda lalu mndengar apa yang dibacanya. Nabi Muhammad SAW menyedari kedatangan Walid, lalu banginda sengaja menguatkan bacaanya supaya didengar Oleh Walid. 


Kemudian Walid keluar dari Masjidil Haram lalu berkata kepada Orang ramai, "Demi tuhan, sesungguhnya saya sudah mendengar apa yang dibaca oleh Muhammad. Ia bukan perkataan manusia ataupun jin. Demi tuhan, bahasanya sangat indah dan tiada yang dapat mengatasinya."


Peristiwa itu amat berkesan dihati Khalid. Pada suatu hari, Khalid berkata kepada kaumnya "Sudah jelas dan terang lagi mereka mempunyai akal yang sempurna, bahawa Muhammad itu bukan ahli sihir atau tukang sihir. Apa yang dibacanya itu memang wahyu daripada Allah dan menjadi kewajipan bagi mereka yang berakal sihat mengikutinya."


Selepas memeluk islam, Khalid dilantik menjadi panglima perang dan mendapat gelaran Saifullah atau pahlawan pedang Allah.


Mrnurut Abu Hurairah, Pada suatu hari, saya dan Rasulullah SAW berhenti pada suatu tempat dan orang ramai berjalan dihadapan kami. Rasulullah SAW bertanya nama-nama mereka yang melalui tempat itu. Kemudian muncul seOrang lelaki. Lalu Rasulullah SAW bertanya "Siapakah itu?" saya menjawab "Itulah Khalid Al-Walid." Baginda berkata "Hamba Allah itu adalah pedang daripada pedang-pedang Allah."


Ketika berlakunya perang Muktah, Nabi Muhammad SAW sedang berkhutbah. Baginda berkata, "Akhirnya panji-panji itu diambil Oleh Khalid Al-Walid yang digelar Pedang Allah. Peperangan itu dimenangi oleh Khalid Al-Walid"




Pada tahun 21 hijrah, Panglima Khalid Al-Walid meninggal dunia ketika berumur 58 tahun. Khalifah Abu Bakar pernah berkata "Tidak ada lagi wanita yang dapat melahirkan anak seperti Khalid Al-Walid."


Khalifah Umar Al-Khattab pula berkata, "Saya tidak pernah marah kepada Khalid, kecuali dia seOrang yang amat keras terhadap musuh dan terlalu menyayangi pasukannya sehingga tidak menunggu persetujuan Khalifah terlebih dahulu sebelum membahagikan harta pampasan perang."


Khalid Bin Walid sudah menyertai 50 peperangan dan memperOlehi kemenagan dalam semua peperangan itu. Dia terus menjadi panglima perang sehingga Khalifah Abu Bakar As-Siddiq meninggal dunia. Apabila Umar Bin Khattab menjadi Khalifah, jawatan Khalid Al-Walid dilucutkan dan tempatnya diganti oleh Abu Ubaidah Bin Jarrah.Menurut Khalifah Umar Al-Khattab lagi, "Khalid sudah menjadi raja dengan sendirinya. Tuhan merahmati Abu Bakar kerana dia lebih tahu mengenai lelaki itu daripada saya."

Sunday, November 21, 2010

Surat Dan SMS Berantai !

Soalan

Apa hukumnya menyebarkan sms ini : " Jurukunci makam Saidina Rasul dr Mekah tlh bertemu dgn Rasulullah smbl berpesan kuat-kuatlah beribadah kerana dunia sudh tua dan goyah. Sebarkn sms ini ke 10 orang, Dalam waktu 10 hari dapat rezeki besar. Kalau tak disebarkn maka dapat kesulitan yang tidak ada henti-hentinya. Ini amanah. wallahualam.."

Jawapan :

Kita sering menerima surat tanpa nama pengirim ini dari semasa kesemasa.Surat ini juga ditabur di masjid-masjid dan tempat-tempat awam kononnya untuk menunaikan tanggungjawab menyebarkannya sebagaimana 'wasiat' di dalam surat tersebut. Amat malang dalam dunia maju sekarang ini, masih ramai yang jahil tentang perkara seremeh ini (tetapi mempunyai kesan yang amat besar kepada aqidah) . Berikut kami paparkan contoh surat berantai terkini ( yang sentiasa diubah dan ditambah) , fatwa dari ulama terkemuka Dr Yusof Qardhawi dan juga fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Komen saya

Tidak dapat dinafikan naluri manusia memang ada kelemahan, akan mengalir pada dirinya suatu anggapan sial kerana sesuatu.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

"Ada tiga perkara yang sukar untuk dielakkan , iaitu: bersangka buruk, tathayyur (sial menyial) dan hasad. Oleh karena itu kalau kamu bersangka buruk jangan kamu percayainya dan laksanakan, dan kalau merasa sial jangan berhenti (dari buat kerja yang dilakukan kerana terpengaruh), dan kalau kamu hasad, jangan lanjutkan." (Riwayat Thabarani)

Oleh karena ketiga perkara ini hanya semata-mata perasaan yang tidak berpengaruh pada suatu sikap dan perbuatan, maka dimaafkannya oleh Allah.

Dan diriwayatkan pula dari Ibnu Mas'ud, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tathayyur (merasa sial) adalah syirik." 3 kali.

Dan Ibnu Mas'ud sendiri berkata: " Setaip orang akan ada perasaan-perasaan 'sial', dan lain-lain tetapi Allah akan menghilangkannya jika anda bertawakkal." (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Apa yang dimaksudkan oleh Ibnu Mas'ud itu, ialah: setiap orang di antara kita ini ada perasaan-perasaan seperti itu, tetapi perasaan semacam ini akan hilang lenyap dari hati orang yang selalu tawakkal dan tidak membiarkan perasaannya itu tinggal dalam hati.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

27 Jun 2007

Kenapa Qabil bunuh Habil ?

Sebuah kisah dicatatkan Oleh Allah s.w.t dalam Al-Quran untuk menjadi pelajaran untuk umat manusia sepanjang zaman. Habil dan Qabil adalah dua beradik. Mereka berdua merupakan anak kepada nabi Allah Adam a.s.
Namun mereka berdua bergaduh bukan kerana perkara dunia tetapi kerana ibadah seOrang daripada mereka diterima Allah dan seorang lagi ditOlak.
Pada zaman itu Allah s.w.t menentukan peraturan dalam persembahan untuk memperdekatkan diri kepada Allah. Mengikut riwayatnya jika persembahan  itu diterima Allah s.w.t, akan datang api dari langit yang akan menjilatnya.
Itulah peristiwa yang berlaku kepada Qabil dan Habil. Oleh kerana Qabil mengemukan persembahan yang disebut qurban yang tidak elOk, lalu qurbannya tidak diterima Allah s.w.t.
Allah s.w.t menerima persembahan Habil dan menOlak persembahan Qabil. Kejadian itu menyebabkan Qabil dengki kepada Habil dan membunuhnya.
Begitulah pengajaran yang boleh kita pelajar disini. Kadang berlaku persaingan keji oleh kOnOnnya satu pertubuhan dakwah terhadap pertubuhan dakwah yang lain. sanggup melakukan apa sahaja usaha untuk mematikan dan menghalang perkembangan pertubuhan yang lain.
Ia bukan kerana merebut harta dunia, tetapi dengki melihat pertubuhan lain lebih maju, berkembangan dan diberkati oleh Allah dari pertubuhnnya. Lalu ia melakukan berbagai ikhtiar untuk mensabOtaj kerja-kerja dakwah yang dilakukan oleh kumpulan lain. Ini akhlak pendokong dakwah yang mewarisi akhlak datuk mereka Qabil.
Qabil sepatutnya memperbetulkan amalnya dan mengemukan amal yang berkualiti kepada Allah s.w.t supaya Allah menerima persembahannya, bukan berdengki dengan Habil dan bertindak membunuhnya.
Demikianlah sepanjang sejarah sifat Orang hatinya berpenyakit,  sentiasa berdengki dan berusaha memusnahkan kejayaan Orang lain,  bukan kembali kepada dirinya mengikhlaskan hati dan memberbaiki amalan supaya ia menjadi lebih baik dan diterima Allah.
Pengajaran yang menarik juga yang ditunjukkan dalam kisah ini ialah sikap Habil yang tidak mengikut rentak Qabil, "Kalau kamu hulur tangan untuk membunuhku, aku tidak akan menghulur tangan untuk membunuhmu."
Kita tidak perlu menghalang dakwah Orang lain untuk kita berjaya, yang betul ialah bersihkan hati daripada sebarang penyakit hasad dan perbetulkan amal kita barulah persembahan kita berkembang dan diterima Allah s.w.t.

Kisah Dakwah Anak Kecil !

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan sOlat Jumaat. Seorang imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kOta itu dan menyebarkan risalah dakwah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.
 
Pada satu Jumaat yang indah, ketika imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa untuk meghulurkan risalah² islam itu. Hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya seraya berkata:

“Ayah! Saya dah bersedia. .”

Ayahnya terkejut dan berkata, “Bersedia untuk apa?”.

“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”

“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”

“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”

Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”

Dengan merintih anaknya merayu “Kalau begitu, benarkan saya pergi ayah?”

Ayahnya berasa agak ragu², namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya.
“Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”

“Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing² ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu, namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperOsOk di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.

Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan.

Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Dan akhirnya,  pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih.

“Nak, apa yang makcik boleh bantu?”
Wajahnya bersinar-sinar seOlah²  malaikat yang turun dari langit. .

“Makcik, maaf saya mengganggu. saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”.  Dia senyum dan tunduk hOrmat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu.” kata makcik itu dalam nada yang penuh lembut.




Minggu berikutnya,  sebelum dua khutbah sOlat Jumaat bermula. seperti biasa imam memberikan sedikit tazkirah.

Sebelum selesai tazkirahnya dia bertanya, “Ada sesiapa nak bertanya atau menyatakan sesuatu.”

Tiba²  sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu.

“Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini”. Air mata mulai bergenang di kelOpak matanya.

“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher.
Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba lOceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar. pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.

 "Belum pernah pun ada orang yang tekan lOceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melOnggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu".

“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”.

“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” "
itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.

“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka…..Aku tak perlukan itu lagi”.

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu, ALLAH Maha Esa. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”

Semua para jemaah mengalirkan air mata. Mereka mengucap syukur pada Allah.

Ramai juga yang bertakbir, ALLAHUAKBAR!!!


Imam lantas meluru menuju ke arah anaknya dan terus memeluk anaknya yang berada di bahagian saf hadapan dan menangis sesungguh².

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. .

Alhamdulillah. .