CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, November 27, 2010

Bilal Bin Rabah~Pengumandang seruan langit.

 Bilal Bin Rabah lahir di daerah as-Sarah yang terletak dipinggir kOta Mekah, 43 tahun sebelum hijrah. Ayahnya bernama Rabah, ibunya bernana Hamamah, seOrang wanita berkilit hitam. kerana itu ada yang memanggil Bilal dengan gelaran Ibnus-Sauda' atau putera wanita hitam.

Bilal dibesarkan di kOta Mekah sebagai seOrang hamba milik keluarga Bani Abdul Dar. Selepas ayahnya meninggal dunia, Bilal diserahkan kepada Umaiyah Bin Khalaf seOrang tOkOh penting Bani Quraisy.

Bilal termasuk dalam kalangan mereka yang awal memeluk islam. Apabila Umaiyah mendapat tahu, dia menyeksa Bilal tanpa belas kasihan supaya kembali ke agama asal serta menjadi pengajaran kepada yang lain. Namun Bilal enggan tunduk dengan kehendak Umaiyah.

Bilal Bin Rabah diseksa Oleh Umaiyah tanpa henti. Mula-mula dia dipukul, kemudian diarak keliling kOta Mekah. Kerana Bilal masih berdegil, dia dijemur di atas pasir tanpa diberi makan dan minuman. ketika matahari tegak diatas kepala dan padang pasir panas membara, Bilal dipakaikan baju besi lalu dibiarkan berjemur dibawah terik cahaya matahari. Tidak cukup dengan itu, Bilal disebat dengan cemeti dan dadanya ditindih dengan batu. Namun, iman Bilal tetap teguh menghadapi penyeksaan itu. Umaiyah memaksa Bilal menyebut al-Latta tetapi mulut Bilal hanya menyebut, "Ahad, Ahad, Ahad."


Seksaan terhadap Bilal itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-SiddiQ, lalu membelinya daripada Umaiyah dengan harga sembilan Uqiyah emas. Menurut Umaiyah, jika Abu Bakar membelinya dengan satu Uqiyah emas pun dia akan menjual hambanya itu. Menurut Abu Bakar pula, jika Umaiyah menjualnya dengan harga seratus Uqiyah emas pun dia sanggup membelinya.

Apabila Nabi Muhammad SAW diberitahu mengenai perkara itu, Nabi Muhammad SAW memuji tindakan Abu Bakar as-SiddiQ dengan berkata, "Sekiranya begitu, biarkan aku berkOngsi denganmu bagi membayarnya, wahai Abu Bakar."


"Wahai Rasulullah, saya sudah pun membayarnya kepada Umaiyah dan sudah memerdekakan Bilal." Kata Abu Bakar as-SiddiQ pula.

Bilal Bin Rabah pernah hidup dalam 3 zaman, iaitu zaman jahiliah sebelum kedatangan islam, zaman Nabi Muhammad SAW pembawa risalah Allah SWT dan Khalifah ar-Rasyidin iaitu pada zaman pemerintahan Abu Bakar as-SiddiQ dan Umar Bin al-Khattab.

Pada zaman jahiliah, Bilal menjadi hamba kepada Umaiyah. Pada zaman Rasulullah SAW pula beliau dilantik sebagai tukang azan. Beliau juga turut serta dalam peperangan yang disertai Rasulullah SAW.

Sesudah Nabi Muhammad SAW wafat, Bilal merasakan sesuatu kehilangan dalam kehidupannya. Kerana merasa sabgat sedih, beliau tidak mampu menyebut nama Muhammad dalam sebutan azan yang dilaungkan. Akhirnya, Bilal tidak sanggup lagi jadi tukang azan.

Pada zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar as-SiddiQ, Bilal meminta izin pergi berperang menentang mereka yang ingkar membayar zakat dan mengaku menjadi nabi. Tetapi tidak dibenarkan Oleh Saidina Abu Bakar as-SiddiQ kerana beliau memerlukan khidmat Bilal di Madinah.

Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Bin al-Khattab, Bilal sekali lagi meminta izin pergi berperang menentang tentera Rom. Kerana desakan yang begitu kuat daripada Bilal, akhirnya dia diizinkan pergi. Bilal membawa isterinya bersama-sama pergi berjihad pada jalan Allah SWT. kedua-duanya turut bersama tentera islam menakhluk Baitulmuqaddis.

Semasa Bilal Bin Rabah mengerjakan ibadat haji, penduduk Mekah meminta beliau menetap di kOta Mekah dan menjadi tukang azan di Masjidil Haram. tetap Bilal menOlak.

Apabila pulang ke Madinah, Ali Bin Abu Thalib memujuk Bilal supaya tinggal di Madinah dan meneruskan semula khidmatnya sebagai tukang azan di Masjid Nabi. Tetapi sekali lagi Bilal menOlak. Kemudian Khalifah Umar Bin al-Khattab sendiri yang memujuk Bilal, Namun tetap tidak berjaya. Kerana tidak sanggup berada di Madinah, Bilal membawa isteinya berpindah ke Syam.

Penduduk Syam juga meminta Bilal menjadi tukang azan. Tetapi Bilal enggan hinnga mereka marah kepada Bilal. Akhirnya, Bilal membawa isterinya ke Damsyik.

Bilal Bin Rabah meninggal dunia di Damsyik pada tahun 20 hijrah iaitu pada 641 Masihi dan dikebumikan di Damsyik. ketika itu, beliau berumur 63 tahun.

Wednesday, November 24, 2010

Khalid Al Walid. .

Khalid Al Walid Bin Al-Mughirah Bin Umar Bin Makhzum Bin Yaqzah Bin Marrah Al-Mahzumi adalah panglima tentera islam terunlung yang mmberikan byk sumbangan kepada penyebaran syiar islam. Moyangnya bernama Marrah dan bertemu nasabnya (Keturunannya) dengan Nabi Muhammad SAW dan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Dalam erti kata lain, Nabi Muhammad SAW, Khalifah Abu Bakar as-Siddiq dan Khalid Al-Walid berasal dari keluarga yang sama.


Khalid dilahirkan dalam keluarga yang dihOrmati kerana bapanya,Walid Bin Al-Mughirah adalah pemimpin Quraisy yang dihOrmati Oleh kaumnya. Walid terkenal dgn kekayaan dan sifat pemurahnya sehingga di gelar Adil Walid atau Orang pemurah nOmbOr satu. 


Ibu Khalid bernama Lubabah Al-Sughra. Lubabah adalah anak perempuan Haris, pemimpin Quraisy yang di hOrmati. Dia juga merupakan adik kepada Maimunah, isteri Nabi Muhammad SAW.


Sejak keci lagi, Khalid dilatih menjadi pahlawan. Dia cekap menunggang kuda dan mahir menggunakan senjata. Dia disegani dan dihOrmati kerana kemahirannya itu. Ketika usianya masih muda, Khalid sudah diberi tanggungjawab sebagai ketua yang memimpin pasukan tentera berkuda Quraisy.


Khalid Al-Walid menunjukkan kecekapannya memimpin pasukan berkuda tentera Quraisy dalam perang Uhud yang berlaku pada hari sabtu bersamaan dgn 3 hijrah. Dengan kepintarannya, pasukan tentera berkuda Quraisy berjaya mengalahkan tentera islam dalam perang Uhud. Khalid terus memusuhi islam sehingga tahun 6 hijrah.


Pada suatu hari, ayah Khalid, iaitu Walid masuk ke Masjidil Haram. Ketika itu, Nabi Muhammad SAW sedang membaca Al-Quran. Walid menghampiri baginda lalu mndengar apa yang dibacanya. Nabi Muhammad SAW menyedari kedatangan Walid, lalu banginda sengaja menguatkan bacaanya supaya didengar Oleh Walid. 


Kemudian Walid keluar dari Masjidil Haram lalu berkata kepada Orang ramai, "Demi tuhan, sesungguhnya saya sudah mendengar apa yang dibaca oleh Muhammad. Ia bukan perkataan manusia ataupun jin. Demi tuhan, bahasanya sangat indah dan tiada yang dapat mengatasinya."


Peristiwa itu amat berkesan dihati Khalid. Pada suatu hari, Khalid berkata kepada kaumnya "Sudah jelas dan terang lagi mereka mempunyai akal yang sempurna, bahawa Muhammad itu bukan ahli sihir atau tukang sihir. Apa yang dibacanya itu memang wahyu daripada Allah dan menjadi kewajipan bagi mereka yang berakal sihat mengikutinya."


Selepas memeluk islam, Khalid dilantik menjadi panglima perang dan mendapat gelaran Saifullah atau pahlawan pedang Allah.


Mrnurut Abu Hurairah, Pada suatu hari, saya dan Rasulullah SAW berhenti pada suatu tempat dan orang ramai berjalan dihadapan kami. Rasulullah SAW bertanya nama-nama mereka yang melalui tempat itu. Kemudian muncul seOrang lelaki. Lalu Rasulullah SAW bertanya "Siapakah itu?" saya menjawab "Itulah Khalid Al-Walid." Baginda berkata "Hamba Allah itu adalah pedang daripada pedang-pedang Allah."


Ketika berlakunya perang Muktah, Nabi Muhammad SAW sedang berkhutbah. Baginda berkata, "Akhirnya panji-panji itu diambil Oleh Khalid Al-Walid yang digelar Pedang Allah. Peperangan itu dimenangi oleh Khalid Al-Walid"




Pada tahun 21 hijrah, Panglima Khalid Al-Walid meninggal dunia ketika berumur 58 tahun. Khalifah Abu Bakar pernah berkata "Tidak ada lagi wanita yang dapat melahirkan anak seperti Khalid Al-Walid."


Khalifah Umar Al-Khattab pula berkata, "Saya tidak pernah marah kepada Khalid, kecuali dia seOrang yang amat keras terhadap musuh dan terlalu menyayangi pasukannya sehingga tidak menunggu persetujuan Khalifah terlebih dahulu sebelum membahagikan harta pampasan perang."


Khalid Bin Walid sudah menyertai 50 peperangan dan memperOlehi kemenagan dalam semua peperangan itu. Dia terus menjadi panglima perang sehingga Khalifah Abu Bakar As-Siddiq meninggal dunia. Apabila Umar Bin Khattab menjadi Khalifah, jawatan Khalid Al-Walid dilucutkan dan tempatnya diganti oleh Abu Ubaidah Bin Jarrah.Menurut Khalifah Umar Al-Khattab lagi, "Khalid sudah menjadi raja dengan sendirinya. Tuhan merahmati Abu Bakar kerana dia lebih tahu mengenai lelaki itu daripada saya."

Sunday, November 21, 2010

Surat Dan SMS Berantai !

Soalan

Apa hukumnya menyebarkan sms ini : " Jurukunci makam Saidina Rasul dr Mekah tlh bertemu dgn Rasulullah smbl berpesan kuat-kuatlah beribadah kerana dunia sudh tua dan goyah. Sebarkn sms ini ke 10 orang, Dalam waktu 10 hari dapat rezeki besar. Kalau tak disebarkn maka dapat kesulitan yang tidak ada henti-hentinya. Ini amanah. wallahualam.."

Jawapan :

Kita sering menerima surat tanpa nama pengirim ini dari semasa kesemasa.Surat ini juga ditabur di masjid-masjid dan tempat-tempat awam kononnya untuk menunaikan tanggungjawab menyebarkannya sebagaimana 'wasiat' di dalam surat tersebut. Amat malang dalam dunia maju sekarang ini, masih ramai yang jahil tentang perkara seremeh ini (tetapi mempunyai kesan yang amat besar kepada aqidah) . Berikut kami paparkan contoh surat berantai terkini ( yang sentiasa diubah dan ditambah) , fatwa dari ulama terkemuka Dr Yusof Qardhawi dan juga fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Komen saya

Tidak dapat dinafikan naluri manusia memang ada kelemahan, akan mengalir pada dirinya suatu anggapan sial kerana sesuatu.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

"Ada tiga perkara yang sukar untuk dielakkan , iaitu: bersangka buruk, tathayyur (sial menyial) dan hasad. Oleh karena itu kalau kamu bersangka buruk jangan kamu percayainya dan laksanakan, dan kalau merasa sial jangan berhenti (dari buat kerja yang dilakukan kerana terpengaruh), dan kalau kamu hasad, jangan lanjutkan." (Riwayat Thabarani)

Oleh karena ketiga perkara ini hanya semata-mata perasaan yang tidak berpengaruh pada suatu sikap dan perbuatan, maka dimaafkannya oleh Allah.

Dan diriwayatkan pula dari Ibnu Mas'ud, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tathayyur (merasa sial) adalah syirik." 3 kali.

Dan Ibnu Mas'ud sendiri berkata: " Setaip orang akan ada perasaan-perasaan 'sial', dan lain-lain tetapi Allah akan menghilangkannya jika anda bertawakkal." (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Apa yang dimaksudkan oleh Ibnu Mas'ud itu, ialah: setiap orang di antara kita ini ada perasaan-perasaan seperti itu, tetapi perasaan semacam ini akan hilang lenyap dari hati orang yang selalu tawakkal dan tidak membiarkan perasaannya itu tinggal dalam hati.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

27 Jun 2007

Kenapa Qabil bunuh Habil ?

Sebuah kisah dicatatkan Oleh Allah s.w.t dalam Al-Quran untuk menjadi pelajaran untuk umat manusia sepanjang zaman. Habil dan Qabil adalah dua beradik. Mereka berdua merupakan anak kepada nabi Allah Adam a.s.
Namun mereka berdua bergaduh bukan kerana perkara dunia tetapi kerana ibadah seOrang daripada mereka diterima Allah dan seorang lagi ditOlak.
Pada zaman itu Allah s.w.t menentukan peraturan dalam persembahan untuk memperdekatkan diri kepada Allah. Mengikut riwayatnya jika persembahan  itu diterima Allah s.w.t, akan datang api dari langit yang akan menjilatnya.
Itulah peristiwa yang berlaku kepada Qabil dan Habil. Oleh kerana Qabil mengemukan persembahan yang disebut qurban yang tidak elOk, lalu qurbannya tidak diterima Allah s.w.t.
Allah s.w.t menerima persembahan Habil dan menOlak persembahan Qabil. Kejadian itu menyebabkan Qabil dengki kepada Habil dan membunuhnya.
Begitulah pengajaran yang boleh kita pelajar disini. Kadang berlaku persaingan keji oleh kOnOnnya satu pertubuhan dakwah terhadap pertubuhan dakwah yang lain. sanggup melakukan apa sahaja usaha untuk mematikan dan menghalang perkembangan pertubuhan yang lain.
Ia bukan kerana merebut harta dunia, tetapi dengki melihat pertubuhan lain lebih maju, berkembangan dan diberkati oleh Allah dari pertubuhnnya. Lalu ia melakukan berbagai ikhtiar untuk mensabOtaj kerja-kerja dakwah yang dilakukan oleh kumpulan lain. Ini akhlak pendokong dakwah yang mewarisi akhlak datuk mereka Qabil.
Qabil sepatutnya memperbetulkan amalnya dan mengemukan amal yang berkualiti kepada Allah s.w.t supaya Allah menerima persembahannya, bukan berdengki dengan Habil dan bertindak membunuhnya.
Demikianlah sepanjang sejarah sifat Orang hatinya berpenyakit,  sentiasa berdengki dan berusaha memusnahkan kejayaan Orang lain,  bukan kembali kepada dirinya mengikhlaskan hati dan memberbaiki amalan supaya ia menjadi lebih baik dan diterima Allah.
Pengajaran yang menarik juga yang ditunjukkan dalam kisah ini ialah sikap Habil yang tidak mengikut rentak Qabil, "Kalau kamu hulur tangan untuk membunuhku, aku tidak akan menghulur tangan untuk membunuhmu."
Kita tidak perlu menghalang dakwah Orang lain untuk kita berjaya, yang betul ialah bersihkan hati daripada sebarang penyakit hasad dan perbetulkan amal kita barulah persembahan kita berkembang dan diterima Allah s.w.t.

Kisah Dakwah Anak Kecil !

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan sOlat Jumaat. Seorang imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kOta itu dan menyebarkan risalah dakwah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.
 
Pada satu Jumaat yang indah, ketika imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa untuk meghulurkan risalah² islam itu. Hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya seraya berkata:

“Ayah! Saya dah bersedia. .”

Ayahnya terkejut dan berkata, “Bersedia untuk apa?”.

“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”

“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”

“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”

Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”

Dengan merintih anaknya merayu “Kalau begitu, benarkan saya pergi ayah?”

Ayahnya berasa agak ragu², namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya.
“Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”

“Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing² ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu, namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperOsOk di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.

Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan.

Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Dan akhirnya,  pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih.

“Nak, apa yang makcik boleh bantu?”
Wajahnya bersinar-sinar seOlah²  malaikat yang turun dari langit. .

“Makcik, maaf saya mengganggu. saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”.  Dia senyum dan tunduk hOrmat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu.” kata makcik itu dalam nada yang penuh lembut.




Minggu berikutnya,  sebelum dua khutbah sOlat Jumaat bermula. seperti biasa imam memberikan sedikit tazkirah.

Sebelum selesai tazkirahnya dia bertanya, “Ada sesiapa nak bertanya atau menyatakan sesuatu.”

Tiba²  sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu.

“Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini”. Air mata mulai bergenang di kelOpak matanya.

“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher.
Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba lOceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar. pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.

 "Belum pernah pun ada orang yang tekan lOceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melOnggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu".

“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”.

“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” "
itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.

“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka…..Aku tak perlukan itu lagi”.

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu, ALLAH Maha Esa. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”

Semua para jemaah mengalirkan air mata. Mereka mengucap syukur pada Allah.

Ramai juga yang bertakbir, ALLAHUAKBAR!!!


Imam lantas meluru menuju ke arah anaknya dan terus memeluk anaknya yang berada di bahagian saf hadapan dan menangis sesungguh².

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. .

Alhamdulillah. .

Saturday, November 20, 2010

"Orang-Orang yahudi dan nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesOng itu)". .


                                                                            ~Surah Al-Baqarah, ayat 120~


SenariO Dalam KOmuter :
Manusia bersesak-sesak mahu ke destinasi masing-masing. Sepasang kekasih, Teruna dan Dara masuk ke kOc campuran bersama-sama.
"Kalau tak berteman takut nanti terlupa atau tertinggal stesen," kata Si Teruna.
Si Dara terus sahaja bersetuju. Sanggup bersesak-sesak asalkan dapat keluar dari tren bersama-sama. Sambil itu bOleh juga berbual-bual, tidaklah bOsan di dalam tren nanti. Klang ke Midvalley bukan dekat. Hampir sejam juga perjalanan. Itupun kalau tidak tersangkut-sangkut. Begitulah fikir Si Dara mengiakan lOgik cadangan Si Teruna.
Di dalam tren, sesaknya tidak terkata. Pasangan kekasih tadi terkepung. Ruang hendak berganjak tiada. Tambah parah kOc yang mereka naiki tiada wanita lain. Hanya Si Dara itu seOrang dan yang seOrang itulah terpaksa bersesak dengan semua lelaki yang lain.
Maka Si Teruna dengan penuh rasa kasih sayang, 'caring', lagi 'protective' menarik Si Dara supaya lebih dekat dengannya.
"Awak peganglah baju saya. Tak adalah terlanggar Orang lain. Tak pun awak sandar je kat sini." cadang Si Teruna sambil menunjuk ke arah dadanya.
Si Dara yang sememangnya daripada tadi rimas dikelilingi lelaki-lelaki asing mengangguk tanda setuju. Perlahan-lahan dia meletakkan kepalanya. Terasa selamat, rasa dilindungi. Makin yakinlah Si Dara bahawa Si Teruna memang benar-benar menyayanginya. Makin mekar jugalah rasa kasih Si Dara kepada Si Teruna dan makin bangga jugalah Si Teruna kerana dapat melindungi Si Dara yang dicintainya.
Tren semakin lama semakin sesak. Makin terdesak jugalah Si Teruna dan Dara berpegangan. Si Dara tidak sanggup dirinya bersentuhan dengan lelaki lain. Maka makin kuatlah pegangannya ke pinggang Si Teruna. Si Teruna pula tidak sekali-kali membenarkan jantan lain menyentuh kekasihnya. Haram! Makin rapat jugalah ditariknya Si Dara.
" Lebih baik dia sentuh aku daripada mereka." bisik hati Si Teruna.
***
Persoalan saya, betulkah lebih baik begitu?
Inilah persoalan yang saya ajukan kepada Si Teruna dan Dara. Mereka mengaku tahu hukum bersentuhan antara bukan mahram.
"BergOmOlan dengan khinzir itu adalah lebih baik berbanding bersentuhan dengan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram." ( Riwayat Ibnu Majah )
"Tapi memang dah tak ada pilihan lain. Takkan nak dibiarkan Si Dara berlanggaran dengan semua lelaki lain?"
"Gua tak sanggup, brO ! Itu awek gua, brO !" Bentak Si Teruna.
"Tapi dia seorang je lelaki yang saya kenal kat situ! Saya tak sanggup berlaga-laga dengan lelaki lain. Silap-silap kena raba. Sekurang-kurangnya Si Teruna sayang saya!" Bidas Si Dara pula.
Ya! Kenapa tak dibiarkan sahaja? Lebih baik dibiarkan Si Dara berlanggar dengan lelaki lain tanpa sengaja dari berpegangan dengan Si Teruna dengan sengaja!
"Yang tidak disengajakan itu mungkin boleh diampunkan Allah, tetapi adakah yang sengaja itu boleh diterima?"
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya."(Riwayat at-Tabrani dan Baihaqi)
"Kitab mana pula yang berkata lebih baik untuk Si Dara berpegangan dengan kekasihnya daripada bersentuhan dengan lelaki selainnya?"
"Apakah ada dinyatakan dalam hukum syara' bahawa memegang teman lelaki (atau tunang) itu lebih baik atau lebih kurang dosanya daripada memegang lelaki lain?"
Jikalau siapa merasakan ada dalilnya untuk mereka berbuat begitu, maka silalah tunjukkan pada dunia. Silakan teruskan berpelukan kalau benar ada syara' yang membenarkan. Kalau tidak ada, maka berjauhlah kalian daripada masing-masing. Biarlah Si Dara naik kOc wanita, Si Teruna naik kOc lain. Lebih baik terlepas stesen daripada melanggar larangan Allah swt.
Akhirnya, apabila disebut tentang larangan Allah swt teringat pula kepada satu perkara yang lebih penting ;
"Pergi 'dating' bersama tu, Allah swt benarkan ke?"