Bilal Bin Rabah lahir di daerah as-Sarah yang terletak dipinggir kOta Mekah, 43 tahun sebelum hijrah. Ayahnya bernama Rabah, ibunya bernana Hamamah, seOrang wanita berkilit hitam. kerana itu ada yang memanggil Bilal dengan gelaran Ibnus-Sauda' atau putera wanita hitam.
Bilal dibesarkan di kOta Mekah sebagai seOrang hamba milik keluarga Bani Abdul Dar. Selepas ayahnya meninggal dunia, Bilal diserahkan kepada Umaiyah Bin Khalaf seOrang tOkOh penting Bani Quraisy.
Bilal termasuk dalam kalangan mereka yang awal memeluk islam. Apabila Umaiyah mendapat tahu, dia menyeksa Bilal tanpa belas kasihan supaya kembali ke agama asal serta menjadi pengajaran kepada yang lain. Namun Bilal enggan tunduk dengan kehendak Umaiyah.
Bilal Bin Rabah diseksa Oleh Umaiyah tanpa henti. Mula-mula dia dipukul, kemudian diarak keliling kOta Mekah. Kerana Bilal masih berdegil, dia dijemur di atas pasir tanpa diberi makan dan minuman. ketika matahari tegak diatas kepala dan padang pasir panas membara, Bilal dipakaikan baju besi lalu dibiarkan berjemur dibawah terik cahaya matahari. Tidak cukup dengan itu, Bilal disebat dengan cemeti dan dadanya ditindih dengan batu. Namun, iman Bilal tetap teguh menghadapi penyeksaan itu. Umaiyah memaksa Bilal menyebut al-Latta tetapi mulut Bilal hanya menyebut, "Ahad, Ahad, Ahad."
Seksaan terhadap Bilal itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-SiddiQ, lalu membelinya daripada Umaiyah dengan harga sembilan Uqiyah emas. Menurut Umaiyah, jika Abu Bakar membelinya dengan satu Uqiyah emas pun dia akan menjual hambanya itu. Menurut Abu Bakar pula, jika Umaiyah menjualnya dengan harga seratus Uqiyah emas pun dia sanggup membelinya.
Apabila Nabi Muhammad SAW diberitahu mengenai perkara itu, Nabi Muhammad SAW memuji tindakan Abu Bakar as-SiddiQ dengan berkata, "Sekiranya begitu, biarkan aku berkOngsi denganmu bagi membayarnya, wahai Abu Bakar."
"Wahai Rasulullah, saya sudah pun membayarnya kepada Umaiyah dan sudah memerdekakan Bilal." Kata Abu Bakar as-SiddiQ pula.
Bilal Bin Rabah pernah hidup dalam 3 zaman, iaitu zaman jahiliah sebelum kedatangan islam, zaman Nabi Muhammad SAW pembawa risalah Allah SWT dan Khalifah ar-Rasyidin iaitu pada zaman pemerintahan Abu Bakar as-SiddiQ dan Umar Bin al-Khattab.
Pada zaman jahiliah, Bilal menjadi hamba kepada Umaiyah. Pada zaman Rasulullah SAW pula beliau dilantik sebagai tukang azan. Beliau juga turut serta dalam peperangan yang disertai Rasulullah SAW.
Sesudah Nabi Muhammad SAW wafat, Bilal merasakan sesuatu kehilangan dalam kehidupannya. Kerana merasa sabgat sedih, beliau tidak mampu menyebut nama Muhammad dalam sebutan azan yang dilaungkan. Akhirnya, Bilal tidak sanggup lagi jadi tukang azan.
Pada zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar as-SiddiQ, Bilal meminta izin pergi berperang menentang mereka yang ingkar membayar zakat dan mengaku menjadi nabi. Tetapi tidak dibenarkan Oleh Saidina Abu Bakar as-SiddiQ kerana beliau memerlukan khidmat Bilal di Madinah.
Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Bin al-Khattab, Bilal sekali lagi meminta izin pergi berperang menentang tentera Rom. Kerana desakan yang begitu kuat daripada Bilal, akhirnya dia diizinkan pergi. Bilal membawa isterinya bersama-sama pergi berjihad pada jalan Allah SWT. kedua-duanya turut bersama tentera islam menakhluk Baitulmuqaddis.
Semasa Bilal Bin Rabah mengerjakan ibadat haji, penduduk Mekah meminta beliau menetap di kOta Mekah dan menjadi tukang azan di Masjidil Haram. tetap Bilal menOlak.
Apabila pulang ke Madinah, Ali Bin Abu Thalib memujuk Bilal supaya tinggal di Madinah dan meneruskan semula khidmatnya sebagai tukang azan di Masjid Nabi. Tetapi sekali lagi Bilal menOlak. Kemudian Khalifah Umar Bin al-Khattab sendiri yang memujuk Bilal, Namun tetap tidak berjaya. Kerana tidak sanggup berada di Madinah, Bilal membawa isteinya berpindah ke Syam.
Penduduk Syam juga meminta Bilal menjadi tukang azan. Tetapi Bilal enggan hinnga mereka marah kepada Bilal. Akhirnya, Bilal membawa isterinya ke Damsyik.
Bilal Bin Rabah meninggal dunia di Damsyik pada tahun 20 hijrah iaitu pada 641 Masihi dan dikebumikan di Damsyik. ketika itu, beliau berumur 63 tahun.
Saturday, November 27, 2010
Bilal Bin Rabah~Pengumandang seruan langit.
Posted by Nur Mawaddah MZ~ at 7:03 AM
Labels: Sejarawan Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment